Program Iltizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak (IMPAK) ini terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
Sedang menetap di Selangor; DAN
Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah (dalam Selangor); DAN
Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; DAN
Merupakan pengundi di Negeri Selangor
• Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/ bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh**.
• Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja.
• Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja.
**Program i-Asuh merupakan sebuah platform atau sistem carian data bagi memudahkan para ibubapa yang ingin mencari pengasuh di kawasan mereka